Pasti ada yang merindui ingin kembali semula ke Jepun untuk merasa keindahan panorama Sapporo , ingin ‘immerse’ dengan kebudayaan moden Jepun di Tokyo, serta merasa makanan asli yang cukup lazat di Osaka. Tetapi malangnya Covid-19 masih lagi ada dan kita di rumah masih menunggu bilakah Jepun akan mula membuka semula sempadannya untuk semua.
Sementara kita menunggu, mungkin kita boleh saksikan sendiri keunikkan Jepun sekali lagi dengan menonton beberapa rancangan dan filem yang saya rasa ‘worthwhile’, especially kalau kita nak merancang perjalanan bila sampai di Jepun kelak.
1. Joanna Lumley’s Japan
Genres: Travel & Adventure Documentary, TV Mini Series
Cast: Joanna Lumley
Show Duration: 3 Episodes
IMDb: 8.3/10

Saksikan aktres British popular, Joanna Lumley mengembara tanah air Jepun, bermula dari Hokkaido sehinggalah ke Okinawa dalam 3 episod penuh, sarat dengan pengalaman beliau meneroka keunikkan budaya Jepun, berjumpa dengan orang mereka, serta menjejaki tempat-tempat yang menarik dalam Jepun seperti:

- Melawat Hakodate, bandar pelabuhan yang merupakan tempat di mana pengunjung yang menaiki kereta dari Hokkaido mahu ke Honshu (Tanah Besar Jepun), wajib menaiki feri di sini, melawan arus ‘Tsugaru Straits’.
- Singgah di Akita menyaksikan industri pembuatan ‘sake’, persembahan acara Shinto serta 700 tahun pagoda di Gunung Haguro.

- Melihat monyet mandi di Nagano dan merasa pengalaman onsen yang cukup menyegarkan.

- Merasai budaya moden di Tokyo, Japan dan 360’ darjah pemandangan bandar Tokyo dari udara.
- Menjejaki Kiso Valley, serta menghayati pemandangan ‘trail’ lama Nakasendo (Tsumago – Magome).
- Pemandangan indah Sakura di Kyoto dan hidangan teh oleh Maiko (anak pelatih Geisha).

- Dari Shikoku, pergi pula ke Kyushu untuk mengungkap kembali sejarah Perang Dunia Kedua di Nagasaki dan merasa tanaman subur di Sakurajima, Kagoshima.
- Dan akhirnya berada di Okinawa serta melihat perbezaan budaya orang Okinawa berbanding Tanah Besar Jepun.
2. Japanese Style Originator
Genres: Game show, Variety show
Show Duration: 70 Episodes
IMDb: 8.3/10

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Jepun? Untuk rancangan ini dibawakan berpuluh episod pengetahuan mengenai budaya, makanan, tempat dan lain-lain lagi di Jepun.

Bila anda semua melancong ke Jepun nanti. mestila banyak perkara yang boleh diceritakan pada rakan-rakan akan nilai-nilai yang ada dalam Jepun.
- Japanese Style Originator memaparkan paparan ‘variety show’ di mana untuk stail rancangan ini lebih kepada kehidupan sebenar rakyat Jepun berinteraksi satu sama lain.
- Penonton boleh membiasakan diri mereka dengan mendengar perbualan asas normal kehidupan rakyat Jepun dan tidak merasa kekok untuk mememahami perbualan harian.
- Topik-topik menarik seperti “Bagaimana memesan Sushi dengan betul daripada Master Sushi?”, “Apa yang orang Jepun lakukan ketika cuti peristiwa seperti Tahun Baru?” dan lain-lain lagi.
- Bila tengok baka anjing Shiba Inu, Mamesuke yang merupakan ikon dalam rancangan ini teringat kepada Hachiko di Shibuya Crossing, Tokyo kan?
3. 5 Centimeters Per Second
Genres: Anime, Animation, Romance
Film Duration: 3 Episodes
IMDb: 7.6/10

Kenapa saya masukkan filem anime di artikel ini? Kerana pengarah cerita ini, Makoto Shinkai berjaya membawakan suasana Jepun sebenar ke dalam filem ini mahu dari hasil kerjanya untuk rekacipta bangunan, makanan dan pengakutan dan lain-lain lagi. Penonton akan lebih menghayati latar belakangnya yang cantik serta bunyi yang nostalgik lebih daripada plot ceritanya sendiri.
- Untuk bahagian awal, kita akan melihat keindahan musim Sakura direalisasikan dalam lukisan serta kita dapat lihat watak utama merancang perjalanan keretapi dari satu stesen ke satu stesen dalam musim salji untuk berjumpa gadis yang disukainya di Tochigi. Bunyi tren dan kesesakan stesen itu sendiri sudah membuat sesiapa juga akan merasa nostalgik.
- Masuk ke pertengahan kita akan dibawa melihat watak utama kita melalui kehidupan sekolah menengah Jepun di Nakatane, Kagoshima pada musim panas. Bunyi riang-riang yang memang cukup sinonim pada musim panas Jepun serta kehidupan pekan Jepun yang jauh dari bunyi hiruk pikuk bandar besar.
- Dan di penghujung cerita, penonton disajikan dengan salju di Tokyo dan keindahan Sakura yang cukup memukau.
Kita doakan semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan kita boleh lagi bertemu dan menjejakkkan kaki di tanah air Jepun selepas ini. Rancang perjalanan anda semua dengan baik dan sehingga kita berjumpa lagi!
Missing Japan already? Here are some Japan Virtual Experience picks for you
1. Ride through “Tsukij market & Hamarikyu”

2. Temple Street in Shibamata, a Nostalgic city in Tokyo

3. Learn about Shinto in Kanda Myoujin shirine from the priest

Check out here for more Japan Virtual Experience!
- Tips Paling Jimat Jepun 4 – JR Northern Kyushu Rail Pass - July 13, 2021
- Tips Paling Jimat Jepun 3 – JR Tokyo Wide Pass - June 30, 2021
- Tips Paling Jimat Jepun 2 – JR Takayama Hokuriku Pass - June 24, 2021
Related posts
Subscribe
* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!
Quick Look!
10 Basic Diving Hand Signals – Diving Survival
Communication is a form of interaction involved in our daily life. It helps us to better understand each other. That…
3 Netflix Japan Travel Documentary & Film – Save it for this MCO
Pasti ada yang merindui ingin kembali semula ke Jepun untuk merasa keindahan panorama Sapporo , ingin ‘immerse’ dengan kebudayaan moden…