Dengan keadaan sekarang dimana PKP 2.0 dilanjutkan kepada tarikh yang masih lagi belum pasti, semestinya aktiviti luar rumah dan riadah agak terbatas. Bagi menghilangkan rasa bosan dan mengelakkan rasa terkurung di dalam rumah, di sini saya cadangkan beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sementara menunggu keadaan pulih seperti biasa setelah PKP 2.0 dibatalkan :
1. Menyertai Kelas Online

Kita boleh menyertai beberapa kelas ‘Online’ seperti kraftangan yang unik, cara melukis dengan betul, pemasaran produk, dan lain-lain lagi. Dari situ, kita bukan sahaja dapat ilmu yang berguna malah kita berpeluang untuk membuka bisnes baru atau menambahkan skil pada kerja harian kita.
2. Bercucuk Tanam

Aktiviti bercucuk tanam secara hidroponik boleh menghilangkan tekanan dan rasa bosan ketika berada di rumah. Contohnya, sistem tanaman hidroponik, digalakkan kerana ianya mudah dan tidak menggunakan tanah. Cara tanaman ini juga sesuai dijadikan aktiviti bersama keluarga kerana aktiviti berkebun seperti ini menggalakkan kita meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk menjaga alam sekitar.
3. Siaran langsung / Rakam Video Depan Kemera

Kita pastinya ada benda yang kita mahu kongsikan pada umum, seperti resepi masakan, ‘gameplay’ permainan, dan lain-lain lagi. Ini juga boleh meningkatkan kendiri untuk bercakap dengan lebih berani depan kamera. Kita juga dapat mengenali lebih lanjut tentang perisian mudah seperti OBS (Open Broadcast System) bagi membantu melancarkan strim dan juga cara ‘video-editing’ menggunakan perisian ‘Adobe Premiere’ ataupun ‘Adobe After Effects’. Selain itu, sekiranya ingin memulakan rancangan kita sendiri, boleh juga dimasukkan video yang kita rakam ke dalam ‘Youtube’ & ‘Instagram’.
4. Mempelajari Bahasa Baru

Pada waktu PKP ni, kita boleh mengambil peluang untuk mempelajari bahasa baru selain daripada bahasa ibunda kita sendiri. Pelbagai perisian bahasa yang ada dalam ‘Google Apps’ ataupun perisian bahasa yang lain di komputer yang boleh membantu kita dalam mempelajari bahasa baru.
5. Bersenam / Aktiviti Kardio

Kesihatan itu adalah penting untuk meneruskan aktivity seharian kita. Sebelum ini mungkin kita tidak banyak masa melakukan senam kerana sibuk dengan kerja pejabat. Anda boleh buat senaman dalam rumah atau berlari di taman berdekatan dengan rumah untuk membina stamina badan.
Ada banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat di dalam rumah, dan 5 aktiviti ini hanya sebahagian darinya. Dengan melakukan aktiviti dengan konsisten, kita bukan sahaja dapat menggunakan masa kita dengan baik semasa PKP berlangsung, malah turut juga meningkatkan lagi skill dan ilmu baru untuk kehidupan yang lebih baik.
Stay safe and Shop with us today!
1. Trendy Item

2. Stylish Cool Face Mask

3. Salmon Fish Skin Snack

4. Japan Imported Sea Foods

5. Japan Car Wash Items

- Tips Paling Jimat Jepun 4 – JR Northern Kyushu Rail Pass - July 13, 2021
- Tips Paling Jimat Jepun 3 – JR Tokyo Wide Pass - June 30, 2021
- Tips Paling Jimat Jepun 2 – JR Takayama Hokuriku Pass - June 24, 2021
Related posts
Subscribe
* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!
Quick Look!
10 Basic Diving Hand Signals – Diving Survival
Communication is a form of interaction involved in our daily life. It helps us to better understand each other. That…
3 Netflix Japan Travel Documentary & Film – Save it for this MCO
Pasti ada yang merindui ingin kembali semula ke Jepun untuk merasa keindahan panorama Sapporo , ingin ‘immerse’ dengan kebudayaan moden…