Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

EQ Hotel Review : KL 5-Star  Staycation
#RumahKitaMalaysia

EQ Hotel Review : KL 5-Star Staycation 

Selasa lepas, saya telah menempah pakej ’2D1N CITY STAYCATION EQ KUALA LUMPUR’. Ingin bercerita tentang pengalaman saya stay di EQ Kuala Lumpur bersama rakan. 

EQ Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai Hotel Equatorial Kuala Lumpur tetapi telah direnovasi’ dan dibuka semula sejak Mac 2019, jadi masih baru lagi dalam setahun lebih beroperasi. Masih lagi berada di tempat yang sama di dalam Golden Triangle KL, tidak jauh kalau nak berkunjung ke Bukit Bintang, KLCC & Menara KL. 

Apabila sampai di lobi reception, ada benda yang saya takjub sebab, semua staff yang berada di reception termasuk bellboy, greeting dengan mesra. Sebelum ni proses check in juga lancar dengan segala pertanyaan dijawab dengan baik.

Ada sedikit disclaimer di sini : Sepatutnya kita perlu letakkan deposit sebanyak RM300 sewaktu check in untuk stay, tetapi dengan beli pakej HIS, dier waive untuk deposit tu. TERBAIK! 

Diberi juga ‘Welcome Drink’ disertai dengan ‘Wet Towel’ untuk meredakan kepenatan sewaktu proses check in.

Selepas selesai dan diberi voucher untuk satu lagi Welcome Drink Blue Bar @SKY51 yang termasuk dalam pakej, diiringi pula staff penyambut tetamu ke bilik sambil diterangkan fasiliti di dalam hotel. Begitu sekali layanan yang diberikan! 

Bilik ‘Deluxe Twin’ yang ditempah berada di Tingkat 33. Masuk sahaja bilik, first impression memang nice!  Ada juga beberapa buah plum menjemput di atas meja kecil.

Tersedia mini bar yang terkandung dalamnya ada coca-cola, mineral water, juice dan jasmine tea yang percuma. Ya, PERCUMA! Tak banyak hotel yang bagi mini-barnya percuma dan EQ Hotel Kuala Lumpur memang bagi special free minibar untuk guestnya. 

Bilik juga luas dengan kedua-dua katilnya sedikit besar dari saiz single bed.

Untuk pemandangan luar dapatla juga nampak sedikit atas Menara berkembar KLCC, tetapi cerminnya full view dan ada automated tabir yang boleh tekan switch untuk bagi dia turun dan naik. Kalau nak buat kopi juga, disediakan khas coffee maker premium Nescafé Dolce Gusto. 

Bilik shower room, tandas dan bathtub juga berasingan. Eh, ada hand sanitizer sekali semua amenities pun dapat. So far, puas hati dengan fasiliti bilik yang ada, tambah-tambah pula yang paling penting adalah BERSIH. 
Berehat sebentar sambil menonton cerita di TV. Pelbagai rancangan yang ada dari pilihan movie, dokumentari, dan lain-lain lagi. 

Dalam beberapa jam selepas itu, bersama rakan menaiki lift ke tingkat 51 untuk menebus voucher ‘Welcome Drink’ di Blue Bar Sky51.  Bila buka sahaja lift, dia punya lobi hiasan sangat cantik, disertai kelipan lampu kecil seolah menyaksikan ribuan bintang. 

Dengan menebus voucher, kami dibawa ke table dan diberi pilihan minuman yang ada untuk mocktail (non-alcohol). View yang terbuka luas dengan pandangan Menara berkembar KLCC memang terbaik! 

Esoknya, kami bercadang untuk mandi di Infinity Pool selepas sarapan pagi. Buffet sarapan buka dari pukul 7 pagi dan pelbagai citarasa makanan yang ada mau dari segi Western hingga kepada makanan tempatan. Makanan yang dirasai juga sedap!

Infinity Pool buka dari 7 pagi sampai 9 malam dalam waktu PKBB ni. Jadi, guest boleh menikmati view pada waktu siang dan juga malam, berlatar belakang Menara KL dan view KLCC dari sisi. Ada juga jacuzzi dan pool untuk kanak-kanak. Bersebelahan dengan pool ada gym dan bilik sauna yang dibuka 24 jam.

Selesai sahaja mandi di kolam renang, kami terus naik ke bilik untuk berkemas pulang. Yang bagusnya untuk pakej daripada H.I.S ni diberikan juga check out lewat sehingga 2.00 petang. Memang terbaik!

At the end of the day, memang puas hati stay di hotel EQ Kuala Lumpur. Dengan servis 5 bintang yang diberikan serta fasiliti yang ada cukup untuk guest, hotel ni memang patut termasuk dalam list staycation jikalau bertandang ke Kuala Lumpur. Boleh je terus beli pakej dengan HIS sebab pakej ni cukup lengkap dengan experience stay di hotel 5 Bintang! 

Jom kita explore the new normal – staycation!

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *