Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Family Vacation : Tak rugi stay dekat 2 hotel ni di Langkawi !
#RumahKitaMalaysia

Family Vacation : Tak rugi stay dekat 2 hotel ni di Langkawi ! 

Hai semua! Selamat berpkp untuk kali kedua. Diharapkan anda semua yang membaca blog ini sihat dan menggunakan peluang ‘stay at home’ dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan.

Untuk posting kali ini, kami nak tunjukkan 2 hotel yang perlu anda bawa keluarga ketika berkunjung ke Langkawi. Ya betul! Kami cuma beri 2 sahaja dan semestinya kedua-dua hotel ini sangat memuaskan.

1. Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi (5 Star)

Gallery image of this property
Pelangi Beach Resort

Lokasinya sangat strategik dan sangat berdekatan dengan lapangan terbang, cuma 10 minit sahaja dengan menaiki kereta sewa, Grab atau teksi (RM 7- RM 9 sehala). Sangat murah!

Distance from Airport

Konsep resort ini sangat unik dengan mengekalkan ciri tradisional melayu. Dekorasi biliknya yang luas memang sangat sesuai untuk yang bercuti bersama keluarga. Bilik-bilik resort ini ada pelbagai jenis ‘view’ yang anda boleh pilih iaitu garden view, lake view dan juga beach front view. Semua bilik ini boleh terima seorang kanak-kanak 11 tahun ke bawah tanpa sebarang cas (sharing bed, tanpa sarapan).

Gallery image of this property
Garden Terrace

Boleh juga kalau nak tambah katil dan sarapan dengan bayaran yang minimal. Dalam semua bilik ini, kami sangat suka nak cadangkan Lake View sebab harga yang tak terlalu mahal dan view yang agak menarik.

Photo of Lakefront #2
Lakefront Room

Gallery image of this property
Seaview Room

Untuk yang mahukan lebih ruang, kami cadangkan untuk ‘family room’ juga. Bilik family room ni sangat luas, sampai boleh lari sampai puas hati. Untuk keluarga yang lebih besar, terdapat pilihan untuk ‘family room’ juga.

Gallery image of this property
Family Room

Khusus untuk yang bawa anak kecil, resort ini juga menyediakan pool yang sangat menarik untuk anak-anak bermain air. Pool yang dinamakan sebagai Horizon pool ini sangat menarik kerana mempunyai figure seperti dinasour yang semestinya akan menarik minat anak-anak anda untuk bermain air. Pool dibuka dari waktu pagi sehingga petang, waktu akan berubah mengikut resort itu sendiri.

Gallery image of this property
Pool Area

Bukan sahaja anak-anak, tetapi ibu bapa juga boleh turut mengisi masa dengan memanjakan diri di spa (Pelangi Spa) & juga gym yang disediakan.

Gallery image of this property
Spa Area

Gallery image of this property
Gym Area

Nak ke Pantai Cenang? Senang je. Resort ni memang berhubung dengan Pantai Cenang jadi memang sangat-sangat mudah nak akses ke situ. Hanya dengan berjalan kaki sahaja. Sangat mudah tau! Malam pula boleh lepak di Pantai Cenang sambil tengok fire show.

Distance to Pantai Cenang

Point ini pasti menarik minat anda semua. Kalau anda menginap di resort ini, anda tidak perlu menyewa kereta tau. Ini kerana resort ini sangat dekat dengan tempat-tempat highlight di Langkawi. Kalau teringin bawa anak-anak ke Underwater World Langkawi, perjalanan yang diambil cuma 5 minit sahaja dengan menaiki kereta, Grab atau teksi. Sangat mudah dan dekat.

Distance to Underwater World Langkawi

Satu highlight yang anda semua kena pergi adalah Sky Cab Langkawi. Pengalaman menaiki cable car memang wajib ada dalam trip selain melawat ke tempat-tempat bersejarah yang lain. Kalau untuk ke Sky Cab ini mengambil masa 25 min sehala jika anda memandu. (Anda boleh dapatkan kereta sewa bermula dari RM 70, dari kami juga)

Distance to Sky Cab Langkawi

Point yang terakhir ni pula, adalah jawapan untuk anda yang nak book hotel ni tapi nak dengan harga yang berbaloi. Kami bukannya bagi hotel sahaja tau tetapi ada juga aktiviti tambahan lain khas untuk anda.

Percaya tak nak menginap di sini semalam sahaja dekat RM1000? Mak aih mahalnya! Jangan risau, Boleh lawati laman web kami : https://www.his.com.my dan masalah anda akan selesai.       

2. Resort World Langkawi (4 Star)

Gallery image of this property
Resort World Langkawi

Resort World Langkawi adalah hotel yang sangat private dengan pemandangan sunrise terbaik di Langkawi.

Gallery image of this property
Resort World Langkawi

Hotel di bawah naungan Genting Malaysia Berhad ini cuma kurang dari 30 minit perjalanan dari lapangan terbang, dan betul-betul menghadap selat Melaka dan Pulau Dayang Bunting.

Distance from Airport

Dari segi konsep dan dekorasi pula, hotel ini bercirikan modern contemporary yang sememangnya sangat sesuai untuk keluarga yang lebih suka menginap di hotel berdeko tersebut. Hotel ini juga terletak berhadapan laut jadi anda boleh pilih bilik yang ada sea view. Confirm anak-anak anda pun teruja juga.

Room View

Point yang ketiga ni menarik sebab apa? Sebab kalau anda menginap di sini, anda berpeluang untuk menaiki sunset cruise. Kenapa kami cakap menarik? Sebab jarang-jarang resort ada facilities begini. Pengalaman menarik apalagi kalau anda ada anak-anak. Mesti mereka sangat teruja untuk menaiki cruise tersebut.

Yang menariknya anda akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam secara live! Memang ohsem! Di samping itu, anda juga dapat menikmati makanan free flow dari sunset cruise tersebut. Apo nak di kata~~ Tersangat-sangat best!

Sunset Cruise

Point yang seterusnya, tak habis lagi ye. Kalau anda dan keluarga merancang nak sertai aktiviti air, tak ada masalah. Resort ini boleh tolong selesaikan masalah anda. Sangat convenient and guest friendly. Antara aktiviti yang ada ialah jet ski, kayak, mangrove tour & banyak lagi.

Anda boleh book slot anda semasa check in bergantung pada availability dan tarikh. Aik? Aktiviti air je ke ada? Eh tak.. Jangan risau, terdapat juga aktiviti mesra keluarga seperti berbasikal, roller skating dan banyak lagi yang boleh dicuba. Boleh lah mengisi masa lapang sementara menunggu waktu dinner di Pantai Cenang.

Resorts World Langkawi - Things To Do - Rediscover Water Sports
Water Activities

Baiklah, dah penat membaca ye. Jangan risau. Kami ringkaskan terus di sini. Dah tahu kan betapa menariknya dua hotel yang kami nyatakan ni? Kami bagi dua je tau. Mesti pening nak pilih yang mana kan? Tak mengapa. Semua itu kami boleh selesaikan yang penting percutian anda dan keluarga dapat dilaksanakan dengan penuh kenangan manis. Apa lagi, jemput lawati laman web kami

Itu sahaja content kami pada waktu ini. Diharapkan content ini dapat membantu anda serba sedikit mengenai hotel / resort yang family friendly. Kalau nak info yang lebih lanjut, jangan segan-segan untuk hubungi kami. HIS Travel Malaysia, servis terbaik hanya untuk anda.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *