Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Jale-jale cari make. (Jalan-jalan cari makan)
#RumahKitaMalaysia

Jale-jale cari make. (Jalan-jalan cari makan) 

Written by: Akira

“Kau makan apa tu?”

“Nasi kerabu.”

“Mana beli? Sedapnya bau.”

“Ala kat simpang sebelah Sephora tu je. 6 ringgit sekali dapat air sirap limau free.”

Laju tangan Mimi membuka plastik sambil mencapai sudu dan garfu sebelah oven.

Semerbak betul bau dia. Ini kalau masa tengah ganti puasa boleh batal ni.

Teringat pulak masa pergi Kelantan bulan September tahun lepas di Kota Bharu. Kawan tempat kerja lama jemput satu department pergi kenduri kahwin dia di Pengkalan Chepa. Seronok bila teringat balik. Tapi disebabkan Covid-19 ni, aku pendamkan sajalah hasrat tu. Kalau tak mau juga aku heret Mimi ni kelik kelate hujung minggu karang.

Alang-alang Mimi tengah sibuk makan sambil melayan drama TV3 Nur dalam handphone dia, meh aku breakdown kat korang top 5 makanan yang aku makan masa kat Kelantan haritu.

Rapatkan saf ya. 

1. Tomyam

Ini tak payah intro pun korang dah tau rasanya. Dia punya masam-masam manis bergabung dengan kepedasan dengan aroma hirisan serai dan halia di campur dengan perahan limau serta wangi haruman daun limau purut lagi di tambah makan bersama nasi putih, di gaul dengan potogan dadu daging ayam bersama sotong dan udang, aduhh boleh sampai ke langit hijau. Hari-hari order pun tak jemu. Memang kecur air liur mengenangkan.

Padahal kat KL pun ada. Tapi bila sampai sana, rasa dia macam umph gitu. 
Poyo kan? Haha.

2. Roti Goyang

Okay ni lagi poyo. Sebab apa? Sebab boleh buat sendiri kat rumah. Tapi macam yang aku cakap, makan di sana baru feeling-feeling gitu. Maklum lah, orang KL bila pergi negeri orang macam rusa masuk kampung hehe.

Roti yang dibakar sampai warna keemasan, disapu dengan kaya dan diakhiri dengan telur separuh masak atas roti. Siap! Lepas tu, taburkan kicap dan lada sula ikut citarasa masing-masing. Aku makan roti goyang ni setiap pagi. Lupa terus dah kewujudan roti canai. Haha. 

3. Nasi Kerabu

Orang tempatan panggil dia nasi kelatey. Ibarat kalau kat KL ni nasi lemak lah. Kita makan nasi lemak tak kira waktu kan. Pagi ke petang ke malam ke, ha bedal. Boleh dikatakan as their signature dish.

Okay kali ni tak poyo sangat sebab nasi ni aku tak tahu macam mana nak buat. Tapi kalau aku tanya Mimi mesti dia tau. Nasi kerabu ni cantik sebab nasi putih yang telah diwarnakan dengan bunga tualang yang asli berwarna biru atau mungkin penjual ada mengguna kan pewarna makanan juga. Menarik betul!

Nasi kerabu ni kau jangan risau. Kau makan tak bertukar jadi avatar.

Kenapa aku rasa nasi kerabu ni unik sebab dia ada macam-macam side dish. Ada serunding kelapa, sambal cili yang pedas amat, serunding ikan, ayam goreng, telur masin, kacang panjang, hirisan kobis, keropok ikan dan akhir sekali kalau tak letak ni macam tak cukup sifat nasi ni iaitu Budu.

4. Budu

Yang ni favorite Mimi. Kalau dia dapat ni, macam dapat handbag. Suka sangat. Budu merupakan sejenis sos ikan yang juga dikategorikan sebagai salah satu signature dish dorang. 

Budu biasanya dimakan dan dicicah bersama nasi dan ulam-ulaman dan ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang telah diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Boleh tambah hirisan cili dan bawang ikut citarasa masing-masing. 

Dulu budu ni susah nak dapat kat KL. Tapi sekarang apa nak risau? Semuanya dihujung jari. 

Sedap do-oh!

5. Laksam

Makanan popular yang juga dikongsi oleh negeri jiran, Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan disirami bersama kuah ikan bersantan. Bila masuk ke dalam mulut dia rasa lembut dan berlemak je. Kalau nak dikata seperti laksa tapi Laksam ni ada istimewa nya tersendiri.

Aku ada tengok Mimi buat laksam haritu tapi tiba-tiba hilang ingatan pulak. Kejap lagi aku tanya dia ya hehe.

“Woi kau cakap sensorang lagi ke tu Nadiya?” 

Terkebil kebil kejap aku. Eh yeke? Sambil garu kepala yang tak gatal. Hehe.

Okay lah aku nak sambung kerja balik ya. Batal pulak puasa ganti aku asyik berangan fasal makanan ni.

Kalau aku kelik klatey lagi aku panggil korang lagi ya. Bye!

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *