Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

KESERONOKAN PENJELAJAHAN KE MELAKA BERSAMA DOUBLE TREE BY HILTON!
#RumahKitaMalaysia

KESERONOKAN PENJELAJAHAN KE MELAKA BERSAMA DOUBLE TREE BY HILTON! 

Saya coretkan pengalaman menginap selama 2 hari 1 malam di Melaka!

10 Oktober 2019

Pengalaman selama 2 hari 1 malam bercuti ke Melaka dan menginap di Double By Hilton adalah 1 pengalaman yang cukup menarik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka boleh dilakukan dengan 2 kaedah; berkenderaan sendiri ataupun boleh menaiki perkhidmatan bas dari Terminal Bersepadu Selatan yang mana perjalanan masa mengambil masa sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Hari pertama semasa proses “check-in”, memandangkan hotel ini baru sahaja dibuka, kami diberikan kesempatan untuk masuk ke bilik lebih awal iaitu sekitar jam 12 tengah hari. Namun waktu normal “check in” adalah sekitar jam 2 petang. Keizinan masuk ke bilik lebih awal adalah mengikut budi bicara pihak hotel.

Bangunan Hotel Double Tree By Hilton Melaka

Hotel ini mempunyai 28 tingkat dan terdapat 272 buah bilik yang boleh digunakan oleh tetamu daripada kelas Superior Room, Deluxe Rroom, King Plus sehinggalah ke Private Executive. Untuk tetamu yang datang membawa kenderaan, parking kereta juga disediakan secara percuma semasa menginap di hotel. Fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel pula seperti restoran, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, bilik permainan kanak-kanak, hall room, meeting room dan juga terdapat sebuah cafe berskala kecil di dalam hotel berhampiran dengan kaunter penerimaan tetamu.

Selepas diberikan kunci bilik, inilah suasana dan rupa bilik tidur kami pada malam ni.Dekorasi bilik cantik dan kelihatan premium sesuai dengan penarafan 5 bintang yang dimiliki. Fasiliti di dalam bilik pula terdapat TV LCD, kerusi serta ruang meja bekerja, almari, ruangan untuk seterika pakaian dan juga “basic complimentary” seperti kopi dan teh serta 2 botol air mineral. Sarapan pagi juga diberikan secara percuma untuk 2 orang di dalam setiap bilik bagi tempahan bilik untuk 2 orang.

Bukan itu sahaja, malah kami juga diberikan welcome cookies daripada pihak hotel!  Tekstur biskut yang ranggup dan rasanya sama seperti biskut subway, tetapi lebih gebu, sedikit tebal dan enak! Yummy!

11 Oktober 2019

Keesokan harinya, selepas bangun daripada tidur, kami terus bersarapan pagi di restoran Makan Kitchen. Oh ya, di dalam bilik juga ada disediakan tuala seperti baju. Apalagi kita cuba pakai dan rasa seperti mat saleh. Baiklah, mari kita lihat sarapan yang disediakan oleh pihak hotel.

Sarapan pagi yang disediakan adalah menu buffet iaitu terdiri daripada makanan Malaysia, makanan barat dan juga terdapat pelbagai lagi aneka makanan lain seperti pencuci mulut dan termasuklah buah-buahan. Bagi kanak-kanak pula, pelbagai jenis bijirin boleh dijadikan sebagai juadah pilihan.

Seterusnya, apa yang menarik di MELAKA ?

Melaka merupakan sebuah bandaraya bersejarah di Malaysia. Kesan pemerintahan zaman Portugis di negeri ini, banyak sejarah yang amat menarik boleh dipelajari. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati semasa bercuti ke Melaka antaranya Gereja Christ Melaka, Kota A Famosa, Jonker Street, Freeport A’ Famosa Outlet, Dataran Pahlawan, Muzium Maritim dan banyak lagi!

1. Gereja Christ Melaka

2. A Famosa

3. Freepot A’ Famosa Outlet

4. Muzium Maritim Melaka

5. Jonker Street Market

6. Hard Rock Cafe Melaka

Sekian saja perkongsian dan coretan perjalanan saya. Sampai jumpa lagi Melaka!

Berminat dengan pakej-pakej domestik Malaysia? Lawati H.I.S. Travel Malaysia dan dapatkan pakej anda di sini

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *