Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

#RumahKitaMalaysia

PENANG ONE-DAY SCENERY TRIP 

Written by: Nazmi

Hai gais!

Berapa lama dah korang tak berjalan? Dah pernah pergi Pulau Pinang? Selalu orang datang melawat Georgetown dengan Batu Ferringhi kannnn

Kali ini abam nak ajak korang melawat Penang belah seberang pulak. Tempat-tempat nie kebanyakan orang dah tahu cuma abam susun jadi One Day Trip 😁😘😍

1. Frog Hill / Guar Petai (Google Maps)

Pagi-pagi lepas sarapan, korang boleh melawat dulu ke bekas lombong di Guar Petai atau lebih dikenali dengan Frog Hill. Lorong ke arah lombong tu tanah merah berlecak, harap bertabahlah la ye basuh kereta selepas tu. hehe.. Korang perlu daki sedikit anak bukit untuk lihat pemandangan kolam-kolam air di situ.. Memang cantik. Feeling macam dalam cerita jurassic park dah 😂

Bajet masa di sini dalam setengah jam hingga sejam.
Cadangan waktu ialah 9:00pagi-10:00pagi 😎

2. Pulau Aman (Google Maps)

Selepas Frog Hill, jom gerak ke Pulau Aman pula 😘

Untuk ke Pulau Aman, korang perlu naik bot dari Jeti Bukit Musang. Tiket bot dua hala dalam RM7, perjalanan nak ke Pulau Aman mengambil masa 3-5 minit sahaja 😁

Dari Pulau Aman kita boleh nampak Jambatan Penang Kedua. Di sini terkenal dengan Mee Udang, korang boleh cuba rasa sendiri. Memang abam target datang timing makan tengah hari. haha

Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah berjalan pusing satu pulau, di situ ada kampung kecil. Nak bersiar kat situ memang syok. Abam masa tu sewa motor elektrik bajet dalam rm15 sejam. Mudah kami nak jelajah satu pulau tu 😁

Bajet masa di sini dalam 2 hingga 3 jam.
Cadangan waktu ialah dari 11:00pagi – 2:00petang 😄

3. Sedim Tree Top Walk (Google Maps)

Selepas gerak dari Jeti Bukit Musang, kitorang singgah dulu di Masjid Seberang Jaya untuk solat Zuhur. Kemudian kitorang teruskan perjalanan ke Sedim Tree Top Walk.

Dari Kulim ambil masa dalam 40 minit. Korang gerak awal sikit takut sampai lewat petang 😅

Di situ ada air terjun. Kalau nak pergi berkelah satu hari di sana pun boleh 😘

Tiket masuk ke Tree Top Walk dalam RM10. Korang dapat menikmati pemandangan atas pokok pada ketinggian paling tinggi 26 meter dari paras tanah dan laluan kanopi ini adalah sepanjang 1.5km 😁

Bajet masa di sini dalam 40 minit hingga sejam lebih.
Cadangan waktu ialah dari 4:50 petang sehingga 6 petang 😄

4. Penang Avatar Secret Garden (Google Maps)

Destinasi terakhir yang paling abam syorkan untuk datang. Tapi datang waktu malam saje tau. Siang-siang takde 😂

Destinasi ini saje yang bukan di sebelah Seberang Perai. Cuma sebab kebanyakan orang bermalam di sebelah pulau, so abam cadangkan datang sini 😄

Nak ke sini, abam nasihatkan parking je tepi-tepi jalan sebelum masuk lorong ke kawasan ni. Dalam tu nak parking memang jem gila. Kalau tak silap caj masuk dalam RM1 (betulkan kalau abam silap).

View di sini memang cantik. Tips nak ambil gambar muka korang tu, mintak tolong member suluhkan flashlight handphone ke muka korang. Baru cerah muka 🤣🤣

Akhir Kata

Itu saja perkongsian Penang One Day Scenery Trip dari abam. Korang pun boleh follow itinerari nie. Kalau rase padat boleh buat dua dari salah satu pilihan destinasi ini.

Berminat dengan pakej-pakej domestik Malaysia? Lawati H.I.S. Travel Malaysia dan dapatkan pakej anda di sini

Terima kasih!
Pakat-pakat share ye 😄😄😄

#DreamNow #TravelLater #RumahKitaMalaysia

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *