Panas, aircond terlampau sejuk, bersesak sesak ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid yang ditempatkan di pusat pusat kuarantin.
Namun Muhammad Nazirul Hakim mempunyai sisi yang berbeza dimana bagi beliau ”makan disana sedap, tak nak balik! Hari hari menu kayangan,” tulisnya di video Tiktok itu manjadi tular.Beliau yang menjalani tempoh kuarantin wajib di Maeps, Serdang selama 10 hari turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang di bilik air sewaktu mandi dan kemeriahan waktu makan.
Ujar beliau dekat sini banyak kawan baru, dan paling tak disangka makan disini sedap seperti Nasi Tomato dan lauk pauk yg lain.
Tambah pesakit yang beragama islam juga berpeluang untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di dewan khas

Dengan adanya rakan rakan pesakit yang peramah dan prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengorbankan lebih 3000 lebih nyawa di Malaysia.
”Saya alhamdulilah walaupun ada simptom biasa seperti sakit tekak, demam, selsema dan batuk tapi bila bersama dengan kawan kawan sedikit sebanyak lupa rasa sakit’.” ujar beliau yang bekerja sebagai agensi pelancongan.
Dia juga turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan komited.
”Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang. Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila dibenarkan pulang, saya dimaklumkan bahwa tiada penyediaan kenderaan untuk di hantar pulang.dan ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang besar bagi saya.”
Saya maklumkan kepada perawat disini dan saya di jangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans.” katanya yang sudah pulang pada 02 Jun Rabu.
Advertisement
- Pesakit Covid Tak Nak Balik, Makan Sedap - June 16, 2021
- 10 Tempat Berbuka Puasa Di Sekitar Lembah Klang - April 26, 2021
- Art In A Tropicale: RIMBUN DAHAN - April 14, 2021
Related posts
Subscribe
* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!
Quick Look!
10 Basic Diving Hand Signals – Diving Survival
Communication is a form of interaction involved in our daily life. It helps us to better understand each other. That…
3 Netflix Japan Travel Documentary & Film – Save it for this MCO
Pasti ada yang merindui ingin kembali semula ke Jepun untuk merasa keindahan panorama Sapporo , ingin ‘immerse’ dengan kebudayaan moden…