Seperti yang kita semua tahu, Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terkenal di Malaysia dan juga pulau yang terbesar di Terengganu! Pulau Redang memang dah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal bagi warga tempatan mahupun antarabangsa.
Untuk ke Pulau Redang anda boleh ambil feri dari jeti Merang ataupun jeti Shahbandar bergantung kepada resort yang anda pilih. Perlu diingatkan, dua jeti ini tak berdekatan tau! Jangan salah pilih.

Jangan risau, tempat parking di jeti sangat dekat dengan jeti. Pak guard memang dah ada situ jaga kawasan parking, harga pun ikut per hari, biasanya RM10 sehari. Contohnya kalau kita pergi 3 hari 2 malam, maka RM30 la harga parking kita.
Nama pun pulau, sudah tentu aktiviti-akitiviti yang terkena ldi pulau ini adalah seperti snorkeling, island hopping, diving dan ada yang melawat untuk bersantai di pantai. Pulau Redang boleh saya katakan bahawa destinasi ini sangat mesra pelancong dimana destinasi ini sangat sesuai dikunjungi oleh keluarga, sekumpulan rakan sebaya, company trip, pasangan bulan madu dan lain-lain.

Masalah yang sering dialami oleh para pelancong jika hendak bercuti ke Pulau Redang apabila tak tahu nak duduk mana! Nak yang cantik, nak yang best, nak yang friendly dan paling kita suka bila resort tu murah dah berbaloi! Disini kami kongsikan resort-resort yang mesti anda duduk kalau ke Pulau Redang!
1. Redang Reef Resort
Siapa kata kalau ke Pulau Redang tak ada hotel mampu bayar? Redang Reef Resort adalah tempat penginapan budget yang sangat kami suka. Terletak di hujung pantai Pasir Panjang, antara resort yang paling dekat dengan perairan laut kerana resort ini boleh dikatakan dibina di atas laut dan batu-batu besar.

Redang Reef Resort sesuai untuk semua jenis pelawat tidak kira keluarga, orang muda, mahupun honeymoon. Redang Reef Resort tidaklah begitu mewah dari segi jenis bilik seperti resort-resort yang lain, kebanyakkan bilik adalah berstyle kan standard akan tetapi kesemua bilik adalah bilik air conditioned.

Selain itu, resort ini menyajikan makanan ala Cina dan barat dalam bentuk buffet. Seterusnya, lokasi resort yang sangat-sangat dekat dengan laut membuat para tetamu resort aktif dalam melakukan aktiviti air, anda hanya perlu jalan beberapa langkah untuk masuk ke air dan boleh enjoy snorkeling, ikan-ikan unik juga boleh kita lihat dari jarak yang dekat! Jaket keselamatan dan topeng muka boleh disewa di resort ini (jangan risau, mereka basuh dan sanitized jaket dan mask dan mereka lakukannya di hadapan kami sendiri).

Redang Reef Resort sangat disyorkan untuk anda yang fokus untuk aktiviti air seperti snorkeling dan diving! Redang Reef Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan dari harga RM3XX pakej full board lengkap dengan makan harian, aktiviti dan tiket feri.
Tambahan: Resort ini tidak mempunyai kolam renang disebabkan ianya betul-betul terletak di depan pantai. Hanya beberapa langkah, boleh mandi terus! Kanak-kanak juga suka mandi di sana!
2. Redang Bay Resort
Redang Bay Resort terletak di pantai Pasir Panjang dimana pasir pantai yang sangat gebu dan putih. Resort ini juga adalah family friendly, sesuai untuk company trip dan percutian rakan sebaya.

Resort ini juga mempunyai kafe luar (outdoor café) dimana para pengunjung boleh menikmati keindahan pantai pada waktu malam dan juga dihiburkan dengan persembahan live band.

Resort ini mempunyai banyak jenis bilik, dari jenis dorm sehinggalah jenis Quad room biasanya sesuai untuk keluarga.

Redang Bay Resort juga mempunyai fasiliti kolam renang, kedai cenderamata, kedai serbaneka dan banyak lagi. Selain itu, resort ini menawarkan aktiviti air seperti snorkeling, diving, hiking dan banyak lagi.

Di depan resort pula, pantai berpasir menjadi tempat dimana para pengunjung bermain volleyball yang disediakan oleh pihak resort. Selain itu, resort juga menyediakan game room untuk tetamunya. Resort ini menawarkan harga promosi awal tahun dari RM4XX seorang untuk pakej full-board!
3. Redang Beach Resort
Redang Beach Resort, di Pulau Redang ini amat cantik, bersih dan menenangkan. Resort ini terletak di pantai berpasir putih terpanjang di Pulau Redang dan merupakan salah satu pusat peranginan yang paling popular dan mewah di Pulau Redang.

Resort ini mempunyai lebih daripada 150 bilik dengan pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Bilik Standard dan Bilik Superior antara jenis bilik yang paling popular. Harganya pula sangat kompetitif dalam kalangan resort di sini.

Restoran di resort ini menyajikan hidangan ala ala carte, Cina dan Barat. Menariknya, terdapat sebuah kopitiam yang menghidangkan menu kopi dan teh yang paling enak dan lazat di syurga tropika ini.

Untuk peminat skuba pula, sama ada anda ingin menyelam ataupun mencari kursus penyelaman, pusat menyelam di sini dapat memenuhi semua keperluan anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah tempat menarik di Pulau Redang boleh anda kunjungi.

Harga pakej Redang Beach Resort sangat berpatutan sesuai dengan keindahan resortnya. Kini resort ini sedang menawarkan pakej Early Bird Promo dalam masa terhad! Cepat jangan tunggu lagi!
4. Laguna Redang Resort
Terletak di Pantai Pasir Panjang (pantai yang sama dengan Redang Reef Resort). Laguna Redang Island Resort menawarkan pengunjungnya view pantai cantik berpasir halus, perairan yang jernih dan bukit-bukau yang berwarna seakan-akan zamrud. Resort Laguna yang dikatakan tempat menarik di Pulau Redang ini pasti membuatkan anda berasa nyaman kerana suasana di sini tidak bising seperti di tempat lain.

Resort menawan yang lengkap dengan 222 bilik dan suite yang luas ini direka bentuk dari senibina tradisional Melayu yang moden di tengah-tengah persekitaran pulau tropika justeru menjadikannya salah satu pusat peranginan paling menarik di Pulau Redang.

Terdapat sebuah restoran yang akan memenuhi citarasa anda iaitu Restoran Sang Suria Buffet. Khas untuk anda yang mencari makanan ala carte pula, anda boleh mendapatkannya di Restoran Sri Serai Ala Carte manakala bagi yang ingin mencuba hidangan tempatan boleh mencuba ‘roti canai’ terkenal di Warong Food Court yang sememangnya sangat sedap. Resort ini juga mempunyai tiga bar untuk tetamu berehat dan menghilangkan dahaga mereka dari aktiviti seharian mereka di pulau ini.

Anda boleh bersenang-senang di sekitar kolam renang dan jakuzi sambil menikmati taman-taman indah di sekitar resort ini.

Cenderahati dan hadiah di Gift Shop Tea Inn yang digunakan di dalam set penggambaran untuk filem Hong Kong yang bertajuk Summer Holiday turut boleh anda dapatkan di sini.

Laguna Redang Resort sedang menawarkan pakej 2021 dengan harga promosi!
5. The Taaras Beach Resort
Selain resort di pantai Pasir Panjang, terdapat satu lagi tempat penginapan yang menarik di Pulau Redang iaitu Taaras Beach and Spa Resort. Resort exclusive lima bintang ini, satu satunya hotel yang terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 183 bilik premium untuk para pengunjung.

Layanan dan kemudahan yang disediakan di sini, sangat mewah dan rasa macam raja. Bahkan bila anda tiba sahaja di resort ini, anda akan disambut di tempat duduk yang selesa bersama welcome drink, kita tak penat penat berdiri untuk tunggu check in.
Setelah selesai proses check-in yang sangat menyelesakan, admin yakin anda pasti tidak sabar untuk terjun ke laut biru kristal dan jika ada rezeki, dapatlah jumpa penyu-penyu Redang.

Musim terbaik untuk berkunjung adalah disyorkan pada pertengahan tahun kerana batu karang pada waktu itu telahpun “bertukat kulit”, so bentuk dan warnanya menjadi sangat cantik! Resort ini menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa, menakjubkan dan sesuai untuk seisi keluarga yang besar.

Resort ini sangat sesuai untuk para pengunjung yang sedang berbulan madu atau yang inginkan percutian yang sangat chill dan relaks kerana lokasinya yang lebih private dan mempunyai pantai persendirian. Resort mewah ini juga menawarkan aktiviti air seperti snorkeling dan diving untuk para pengunjung yang berminat. Resort ini juga mempunyai tempat perlindungan penyu di mana penyu-penyu akan bertelur di sana dan pengunjung boleh melawat tempat perlindungan penyu itu. Hanya di resort ini sahaja anda boleh melihat penyu dari jarak dekat!

Inilah antara 5 resorts yang best bagi admin! Banyak lagi resort-resort yang menarik, tapi bagi admin, ini antara yang terbaik dari segi variasinya. Semua resort memberikan servis yang mantap, family friendly dan paling penting halal.
Overall, Pulau Redang sendiri memang dah sangat-sangat cantik, lautnya sangat-sangat crystal clear! Rugi kalau kita rakyat Malaysia belum sampai lagi kesini! Untuk pakej-pakej Pulau Redang yang best dan sedang adakan promosi, boleh layari www.his.com.my! Pilih resort kesukaan anda! 😊
- TOP 10 MUST WATCH MOVIES AND SERIES ON NETFLIX MALAYSIA (Do not miss out number 8!!) - March 30, 2021
- BEST TIME TO VISIT KAGOSHIMA (IN 4 SEASON) - March 29, 2021
- 10 MALAYSIAN TIKTOKERSYang Patut Anda Follow! - February 22, 2021
Related posts
Subscribe
* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!
Quick Look!
10 Basic Diving Hand Signals – Diving Survival
Communication is a form of interaction involved in our daily life. It helps us to better understand each other. That…
3 Netflix Japan Travel Documentary & Film – Save it for this MCO
Pasti ada yang merindui ingin kembali semula ke Jepun untuk merasa keindahan panorama Sapporo , ingin ‘immerse’ dengan kebudayaan moden…