Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Tips Paling Jimat Jepun 2 – JR Takayama Hokuriku Pass
Chubu

Tips Paling Jimat Jepun 2 – JR Takayama Hokuriku Pass 

Mungkin anda pernah dengar tentang JR Takayama Hokuriku Pass dan mungkin anda dah pernah guna pas ni bila pergi ke Jepun sebelum ini.

Kita tidak akan kupas lebih banyak mengenai kelebihan pas ini dan kenapa perlu beli pas ni kalau nak ke Shirakawa-go, salah satu tempat idaman popular kalau melancong ke Chubu dalam Jepun. Pas ni pun dah kira teramat jimat dengan tambang bas dari semasa ke semasa naik dan meneroka tanah tinggi Jepun memang memerlukan kos yang tinggi. Tambah boleh merasa pengalaman menaiki Shinkansen lagi dan pas sudah meliputi dari lapangan terbang Kansai lagi sehinggala ke bandar Nagoya (mengikut laluan yang diberikan), pas ini memang paling jimat boleh dikatakan.

TUTUP MATA BILA NAK BELI PASS NI KALAU NAK PERGI SHIRAKAWAGO DARI OSAKA!

Kita nak kupas macamana kita nak memaksimumkan penggunaan JR Takayama Hokuriku Pass dengan lebih efektif dan boleh rasa banyak pengalaman dalam satu masa.

Sebelum itu, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu kalau beli pas ni :

- Tempahan terhad tempat duduk bas & tren  adalah tanggungjawab pemilik pas. Berurusan terus dengan agensi pelancongan yang beli pas (caj perkhidmatan dikenakan), telefon terus syarikat bas di Jepun kalau beli 'online'. 
- Tempahan untuk bas lain & tempahan untuk tren lain (tengok tren & bas mana yang memerlukan tempahan, boleh dibuat secara online untuk tren & telefon untuk bas). Pastikan ada pelan kedua jikalau tempahan penuh untuk bas.
-Tiada jalan pintas dari Osaka terus ke Nagoya atau sebaliknya. Hanya ikut laluan yang diberikan.
- Shirakawago bukan boleh pergi dari satu hentian bas sahaja (rujuk laluan yang diberikan) dan ada laluan bas yang WAJIB kena buat tempahan tiket (bergantung dari tempat mana nak menaiki bas)
- Tren kemungkinan besar tepat pada masanya tetapi untuk bas, sila beranggapan untuk berikan lebih masa untuk menunggu dan sampai ke destinasi.
- Sentiasa semak keadaan cuaca dari semasa ke semasa. Beli pas ni dah jimat, tapi ianya tak menjamin turun salji berlambak di Shirakawago. 

Disebabkan belum ada lagi penerbangan dari Malaysia dan sampai di Nagoya terus, jika menggunakan pas ini untuk meliputi banyak bandar dalam 5 hari berturut bagi saya secara peribadi agak tergesa-gesa kerana kebanyakaan trip akan memilih untuk pergi balik semula ke tanah air melalui lapangan terbang Osaka juga.

Ini ada beberapa tips jikalau anda memilih untuk membeli pas ini:

1. Elakkan malawat Shirakawago pada waktu Festival Musim Salji.


Anda mungkin ada ternampak iklan yang memaparkan keindahan festival malam yang diadakan setiap tahun pada bulan Januari dan Febuari terpampang di pamplet yang ada. Nampak cantik kan?

Nampak cantik tapi kalau boleh JANGAN pergi waktu ini jikalau menggunakan JR Takayama Hokuriku Pass melainkan anda sudah pun menempah penginapan di Shirakawago.

Anda cukup bernasib baik jkalau dapat menempah tiket bas pada waktu festival ini. Mungkin pergi pada waktu siang masih lagi ‘okay’ kerana tarikan festival diadakan pada waktu malam, tetapi sentiasa beranggapan yang bas yang memerlukan tempahan pasti penuh kecuali anda telah menempah tiket tersebut dalam masa sebulan lebih awal.

Dan yang agak susah sedikit, anda memerlukan tempahan tiket bas awal untuk pergi ke ‘Observation Post’ di mana tidak termasuk dalam JR Takayama Hokuriku Pass. Jikalau tidak pada musim festival ini, anda masih boleh membeli tiket bas di sana sahaja.

Walaupun saya katakan elakkan untuk pergi pada waktu Festrival Musim Salji selain daripada tarikh festival ini berlangsung, saya sarankan untuk pergi pada tarikh yang lain dalam musim salji. Kemungkinan masih ramai yang datang, tetapi tidak seramai semasa Festival Musim Salji.

2. Pelbagaikan pilihan untuk tengok mana yang sesuai mengikut keadaan semasa

Jikalau sampai lewat malam atau petang, terpulang sama ada mahu asingkan pas (boleh mula guna esoknya) dengan kos tren yang lain pada hari tersebut dan bermalam di Osaka atau terus gunakan pada hari tersebut untuk ke Osaka atau Kyoto.

Hari pertama anda & kedua anda boleh letak penuh untuk Kyoto atau Osaka dahulu (terpulang, kerana kita akan letak Osaka pada hari terakhir) dan seterusnya ambil tren dari Kyoto ke Kanazawa dan bermalam di sana.

Esoknya anda ada beberapa pilihan :

– Pilihan pertama adalah yang tidak memenatkan & ideal. Terus ke Shirakawa-go menaiki bas ekspres Nohi (memerlukan tempahan awal, berserta dengan pas JR Takayama Hokuriku Pass), penuh satu hari di Shirakawa-go (jikalau banyak salji) dan ambil bas ekspres (tempahan) balik semula ke Kanazawa dan bermalam. Lebih baik jikalau tidak bermalam di Kanazawa, bermalam di Shirakawago untuk menyaksikan keindahan malam Shirakawago. Esoknya, boleh balik semula ke Kyoto dan hari selebihnya di Osaka.
*Walaupun anda tidak dapat ke Takayama, Hida Furukawa atau Toyama untuk pilihan ini, tetapi anda dapat kurangkan tempat bermalam sekiranya bawa banyak beg yang banyak.

– Pihan kedua, boleh terus ke Shirakawa-go menaiki bas ekspres Nohi (memerlukan tempahan awal, berserta dengan pas JR Takayama Hokuriku Pass), penuh satu hari di Shirakawa-go (jikalau banyak salji) dan ambil bas ekspres (tempahan) atau bas lokal (tidak perlu tempahan) ke Takayama dan bermalam. Esoknya, satu hari penuh di Takayama atau satu hari penuh di Hida Furukawa (menaiki tren limited ekspres Wide View Hida ke sana) dan seterusnya bermalam di Toyama / balik semula ke Takayama. Esoknya lagi, boleh balik semula ke Osaka.

– Merasa pengalaman Shinkansen ke Toyama ,seterusnya menaiki limited express Wide Hida ke Hida Fukukawa dan menaiki semula tren terus ke Takayama untuk bermalam. Esoknya, boleh menaiki bas lokal (tidak perlu tempahan) atau bas ekspres (tempahan) untuk ke Shirakawago. Sampai di Shirakawago, boleh buat dalam satu hari penuh dan boleh balik semula ke Takayama atau ambil bas ekspres (tempahan) balik ke Kanazawa dan bermalam. Esoknya lagi, boleh balik semula ke Osaka.

PERHATIAN : SILA TUNJUKKAN PAS SEKALI DENGAN TIKET TEMPAHAN/NOMBOR RUJUKAN TEMPAHAN PADA KAUNTER.

Anda boleh juga pergi ke Nagoya tetapi perjalanan agak jauh untuk balik semula ke Osaka dan jikalau nak pergi juga, saya cadangkan untuk letak kos yang beransingan untuk perjalanan Nagoya balik semula ke Osaka melalui laluan tren yang lebih pendek masanya (tidak termasuk dalam JR Takayama Hokuriku Pass).

3. Laluan tren & bas yang memukau sepanjang perjalanan.

Anda sukakan perjalanan itu sendiri daripada destinasi?

Kalau ya, ni saya sertakan laluan yang sudah pun termasuk dalam laluan JR Takayama Hokuriku Pass :

– Stesen Shin-Osaka > Stesen Kanazawa
Tren : Thunderbird Limited Express (Reserved/Non-Reserved)

Bila bermula dari stesen Shin-Osaka ke stesen Kyoto, anda akan melalui kawasan pinggir bandar dan dari Kyoto ke Kanazawa, keindahaan Lake Biwa akan terpampang pada tingkap sebelah kanan dan pada tingkap sebelah kiri, anda akan dapat melihat banjaran pergunungan.
* Untuk JR Takayama Hokuriku Pass ada bagi PERCUMA 4x tempahan untuk tren yang memerlukan tempahan duduk, jadi boleh guna 1 slot tempahan untuk tren ini ataupun boleh simpan untuk akan datang kerana tren ini juga ada tempat duduk yang tidak memerlukan tempahan. Kebiasaanya, tempat duduk tempahan lebih selesa.

– Stesen Toyama > Stesen Nagoya
Tren : Limited Express Wide View Hida (Reserved / Non-Reserved)

Sepanjang laluan ini, anda akan dapat melihat pemandangan indah pergunungan Hida mengikut musim yang menarik seperti musim sejuk & musim luruh. Laluan tren pada musim luruh juga lebih menarik berbanding laluan tren Sagano Romantic di Kyoto (berbayar)! Kedua-dua tingkap akan dapat melihat banjaran serta susur sungai yang mengalir di sebalik tanah tinggi laluan ini
* Boleh gunakan slot tempahan untuk menempah tempat duduk untuk Limited Express Wide View Hida

-Stesen Takayama > Shirakawago
Bas : Nohi Bus (Reserved) / Bas Lokal

Untuk laluan bas ini, anda akan melalui kawasan pergunungan dan melalui jalan yang berlikar, terowong demi terowong untuk sampai ke destinasi Shirakawago. Pada musim salji, bas sudah pun dilengkapi dengan sistem pemanas.

Kemaskini untuk JR Takayama Hokuriku Pass akan dibuat dari segi laluan dan harganya dari tahun ke tahun. Boleh semak semula di link ini untuk tahu lebih lanjut :

https://touristpass.jp/en/takayama_hokuriku/

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *