Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Tips Paling Jimat Jepun 3 – JR Tokyo Wide Pass
Japan

Tips Paling Jimat Jepun 3 – JR Tokyo Wide Pass 

Mungkin ada yang keliru antara pas mana yang sesuai kalau nak liputi Tokyo dan destinasi lain luar yang dekat dari bandar Tokyo?

Ada yang cadangkan untuk ambik Tokyo Subway Ticket, ada yang cadangkan untuk ambil JR Tokyo Wide Pass, dan lain-lain lagi.

Kenapa terlalu banyak pas ?

Kerana Jepun mempunyai banyak syarikat tren serta monorail dan yang paling biasa kita dengar bila melancong ke Jepun adalah syarikat Japan Rail (JR) kerana laluannya meliputi hampir keseluruhan tanah besar Jepun (Honshu). Dan nak lagi pelbagai, setiap prefektur dalam Jepun ada syarikat JR masing-masing seperti JR WEST, JR EAST, JR CENTRAL, JR KYUSHU, JR HOKKAIDO dan JR SHIKOKU. Setiap syarikat JR juga masing-masing ada pas yang dikeluarkan sendiri.

Kali ini saya saya beritahu lanjut mengenai JR Tokyo Wide Pass yang dikeluarkan oleh syarikat JR EAST (meliputi kawasan bandar Tokyo dan Kanto)

JR Tokyo Wide Pass (10,180 yen) ini hanya mempunyai limitasi 3 hari penggunaan. Untuk 3 hari hanya sekadar berjalan dalam bandar Tokyo sehaja,amatla tidak berbaloi. Ada lagi pas yang lagi berbaloi seperti Tokyo Subway Ticket dan membeli tiket tambang (mengikut itinerari yang ada) untuk hanya menaiki tren dalam Tokyo sahaja.

Pas ini juga tidak perlu risau jikalau tidak sempat nak membelinya secara ‘online’, boleh terus beli di lapangan terbang yang mempunyai kaunter JR atau stesen utama JR dalam bandar Tokyo.
KEMASKINI : Mulai 27 Jun 2021, pelancong boleh terus membeli pas ini di mesin tempahan tiket JR pada setiap stesen utama yang ada ‘passport reader’ serta tertampal logo tersedia.

Ada beberapa destinasi yang cukup berbaloi jika menggunakan pas ini :

Gala Yuzawa

Gala Yuzawa adalah destinasi resort popular luar bandar Tokyo untuk mereka yang ingin merasai pengalaman bermain ski dan menikmati salji tebal di pergunungan Niigata. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki Joetsu Shinkansen dari Tokyo.

Pergi dan balik dari Tokyo ke stesen Gala Yuzawa sudah pun melebihi harga JR Tokyo Wide Pass itu sendiri dan ada pula diskaun pemilik pas pada musim ski jikalau nak menyewa peralatan ski dan lain-lain dalam satu pakej.

Ramai yang memilih Gala Yuzawa kerana resortnya berada di stesen itu sendiri dan agak senang untuk pergi berbanding resort ski yang lain yang kadang kala harus bertukar tren untuk ke sana.

Nikko

Nikko merupakan salah satu destinasi musim luruh yang cukup popular di kalangan pengunjung yang ingin ke sana. Sama seperti Gala Yuzawa, perjalanan mengambil masa hampir 2 jam, memerlukan 1 kali tukar tren (shinkansen + tren biasa) dan kosnya sudah pun melebihi harga JR Tokyo Wide Pass.

Untuk bergerak dalam Nikko boleh menggunakan bas (tidak termasuk dalam pas) untuk ke tempat-tempat menarik dalam Nikko seperti Tasik Chuzenji, air terjun Kegon dan lain-lain lagi. Musim luruh pada bulan Oktober adalah yang paling ramai pengujung, jadi trafik lebih tinggi dari biasa untuk bas.

Izu

Di samping boleh bermain ski di Gala Yuzawa pada bulan pertengahan hingga hujung Febuari, boleh juga melihat awal Sakura di Kawazu, Izu pada masa yang sama.

Wah, boleh merasa 2 musim pada masa yang serentak!

Sakura di Kawazu berkembang lebih awal daripada kebanyakkan tempa di Jepun iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal April. Perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit dari stesen Tokyo dan berhenti di stesen Kawazu dengan menaiki Limited Express Odoriko.

Kos pergi dan balik juga sama, melebihi harga JR Tokyo Wide Pass di mana memang agak berbaloi untuk destinasi Kawazu, Izu.

– Ibaraki

Di Ibaraki, ada satu taman besar (berbayar) bersebelahan pantai yang cukup menarik perhatian apabila tiba musim bunga dan luruh. Ianya dipangil ‘Hitachi Seaside Park, Ibaraki’.

Pada musim bunga (awal April), kita akan dapat melihat bunga biru Nemophila penuh mengembang mekar pada bukit Miharashi yang berada di dalam taman ini.

Pada musim luruh (pertengahan Oktober) pula, akan ada banyak Kochia merah yang comel penuh mengelingi kawasan yang sama. Memang menakjubkan dengan bayu pantai sepoi sepoi meniup muka.

Untuk ke sini, boleh menaiki Limited Express Hitachi/Tokiwa (1 jam 10 minit perjalanan) dari stesen Tokyo dan harus tukar tren di stesen Mito. Di stesen Mito, ambil tren lokal ke stesen Katsuta dan tunggu bas untuk ke Hitachi Seaside Park. Perjalanan bas mengambil masa 15 minit untuk sampai dengan kos 400 yen.

Walaupun tidak melebih harga pas untuk perjalanan ini, tetapi Hitachi Seaside Park merupakan destinasi pilihan untuk diletakan itinerari pada musim bunga & luruh.

-Kawaguchiko

Tak lengkap trip Tokyo jikalau sekali tidak melihat pemandangan Gunung Fuji di Kawaguchiko. Dengan JR Tokyo Wide Pass, bukan sahaja ianya meliputi tren JR malah tren dari syarikat Fujikyu Railway juga. Senang untuk mengambil terus tren dari stesen Shinjuku dan sampai di stesen Kawaguchiko.

Gunung Fuji sentiasa cantik sepanjang musim cuma lebih menarik pada musim sejuk sehingga musim bunga kerana sudah ada salji di kawasan puncaknya.
PERHATIAN : Pastikan anda sentiasa melihat ramalan cuaca kerana tidak semua hari kita boleh melihat penuh keindahan Gunung Fuji kerana kebiasannya diliputi awan tebal.


Anda boleh letakkan destinasi popular di atas mengikut kesesuaian 3 hari berturut. Saya rasa untuk pas ini boleh saya katakan agak berbaloi pada bulan Februari kerana boleh tengok 2 musim serentak.

Hari pertama, boleh pergi ke Gala Yuzawa untuk bermain salji dan esoknya boleh pergi ke Kawazu untuk menikmati Sakura. Hari yang selebihnya boleh melihat Gunung Fuji.

Maklumat lanjut boleh tengok di sini :

https://www.jreast.co.jp/multi/en/pass/tokyowidepass.html

Nantikan lagi tips jimat Jepun daripada saya untuk coretan akan datang!


Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *