Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Tips Paling Jimat Jepun 4 – JR Northern Kyushu Rail Pass
Fukuoka

Tips Paling Jimat Jepun 4 – JR Northern Kyushu Rail Pass 

Kalau ke Kyushu, berbelah bagi nak berjalan seluruh Kyushu atau sebahagian dari Kyushu?

Bagi saya secara peribadi, untuk permulaan dan merasa kebanyakkan tempat menarik dalam Kyushu secara jimat, mungkin boleh ambik sebahagian dulu dan kalau untuk seluruh Kyushu pula akan datang, perjalanan menaiki kereta lebih menarik dan berbaloi.

Sebahagian di sini adalah pada bahagian sebelah utara Kyushu (Fukuoka, Saga, Nagasaki, Kumamoto & Oita). Jikalau menaiki tren, JR Northern Kyushu Rail Pass yang dikeluarkan oleh syarikat tren JR Kyushu adalah jawapannya.

JR Northern Kyushu Rail Pass mempunyai limitasi had 3 dan 5 hari. Ringkasan destinasi untuk :

3 Hari (9,500 Yen)
– Yufuin, Beppu, Kumamoto
– Kumamoto, Nagasaki, Yufuin
– Saga, Nagasaki, Yufuin
– Beppu, Saga, Huis Ten Bosch Themepark
– Yufuin, Beppu, Kitakyushu

5 Hari (11,000 Yen)
– Kumamoto, Beppu, Yufuin. Nagasaki, Saga, Kitakyushu / Huis Ten Bosch
(terpulang mengikut destinasi mana yang nak pergi dulu)

Jikalau anda hanya ingin meliputi bandar Fukuoka dan pinggir bandar Fukuoka sahaja, JR Northern Kyushu Rail Pass tidak berbaloi jika membelinya. Ada pas yang lebih sesuai dari syarikat JR Kyushu,iaitu JR Fukuoka Wide Pass yang meliputi hampir keseluruhan prefektur Fukuoka dan pas-pas pelancong yang sesuai dari syarikat Nishitesu juga.

Anda boleh buat perbandingan sendiri untuk perjalanan menggunakan kos tambang biasa dengan JR Kyushu Rail Pass dan berapa banyak yang anda boleh jimat dengan pas ini :

Hakata – Nagasaki : 9,600 Yen (Pergi & balik)
Hakata – Kumamoto : 10,460 Yen (Pergi & balik)
Hakata – Yufuin : 9,280 Yen (Pergi & balik)
Hakata – Beppu : 11,360 Yen (Pergi & balik)

Ini ada beberapa poin penting jikalau ingin menggunakan JR Northern Kyushu Rail Pass :

1. Perjalanan dari Lapangan Terbang Fukuoka ke bandar Fukuoka tidak termasuk.

Lapangan Terbang Fukuoka

Lapangan terbang Fukuoka tidak mempunyai laluan JR bersambung dengan stesen Hakata, cuma laluan bas dan laluan tren bawah tanah. Anda harus membayar tambang berasingan untuk ini tetapi jangan risau kerana tambangnya agak murah kerana lapangan terbang Fukuoka berada dalam bandar Fukuoka itu sendiri.

2. Merasai pengalaman menaiki tren pelancong yang unik ke beberapa destinasi dalam Kyushu.

Yufuin no Mori

JR Kyushu mempunyai beberapa tren pelancong yang popular seperti ‘Yufuin no Mori’ dan ‘A-Train’ di mana JR Northern Kyushu Rail Pass boleh guna. Penumpang akan menikmati pemandangan yang memukau sepanjang perjalanan dari kawasan pergunungan sehinggalah ke lokasi pantai yang indah bila menaiki tren-tren ini.
TIPS : Untuk menempah tempat duduk, boleh lebih fleksibel untutk itinerari kerana terhad jikalau membuat tempahan dalam masa terhad.

3. Perjalanan menaiki Shinkansen ke Kumamoto termasuk.

Kumamoto

Perjalanan yang mengambil hanya 30 minit dari Fukuoka ke Kumamoto dengan menaiki Kyushu Shinkansen memudahkan perjalanan pelancong yang hendak ke sana. Selain meliputi tren Limited Express, pas ini juga turut boleh digunakan untuk menaiki Kyushu Shinkansen juga.
PERHATIAN : Hanya Shinkansen dari stesen Hakata ke stesen Kumamoto sahaja yang boleh dinaiki. Jikalau laluan Shinkansen dari Hakata ke Kokura tidak termasuk kerana berlainan syarikat JR tren prefektur yang mengendalinya iaitu JR West.


Jikalau tidak sempat untuk menjelajah seluruh bahagian utara Kyushu, kemungkinan boleh ambil untuk 3 hari sahaja dan selebihnya boleh menjelajah bandar Fukuoka dan pinggir bandar Fukoka.

Untuk maklumat lanjut mengenail JR Northern Kyushu Rail Pass, boleh rujuk di sini :
https://www.jrkyushu.co.jp/english/railpass/railpass.html

Terima kasih kerana masih lagi membaca tips-tips Jepun, jumpa lagi di akan datang!

Facebook Comments
Previous

Tips Paling Jimat Jepun 4 - JR Northern Kyushu Rail Pass

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *