Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Tips Paling Jimat Jepun – Seishun 18 Kippu
Japan

Tips Paling Jimat Jepun – Seishun 18 Kippu 

Apa itu Seishun 18 Kippu? Mungkin tak semua biasa dengar tentang tiket ni kalau pergi melancong ke Jepun, tetapi dalam masa fleksibel 5 hari, anda boleh bergerak dari satu bandar ke satu bandar dalam Jepun dengan hanya 12,050 yen (lebih kurang RM450) sahaja!

Sekejap… RM450 sahaja? Untuk mengembara penuh satu Jepun?

Bukan kalau nak pergi banyak bandar dalam Jepun biasanya guna JR Pass Nationwide ke? Lagi jimat..

Ye betul, tapi tak semua mampu beli JR Pass dan kalau beli tiket ni dah jimat dalam RM600 lebih dah.

Dengan RM600 lebih kita dah boleh belanjakan untuk kos penginapan dan perbelanjaan lain.

Tapi kenapa murah sangat?

1. Tiket ini hanya meliputi keretapi local & rapid JR sahaja.

Tren yang biasa dalam Jepun adalah tren local & rapid. Rapid lebih laju sedikit daripada local, dan lebih lambat dari express, limited express dan shinkansen. Laluan local dan rapid ni pun banyak stesen yang akan berhenti, dan kena tukar banyak kali stesen untuk perjalanan jauh.

Untuk dalam bandar, kekerapan untuk local & rapid bergerak dalam jadual kemungkinan tinggi tapi untuk luar bandar, kemungkinan tidak sekerap dalam bandar. Ini amat penting kalau anda ingin melalukan perjalanan jauh contonya dari Osaka ke Tokyo.

Jikalau anda tidak suka perjalanan yang mengambil masa, menukar tren banyak kali, faktor usia dan tak nak terikat pada satu laluan sahaja, saya sarankan untuk tidak ambil tiket ini dan memilih pilihan lain yang lebih mudah & cepat seperti shinkansen, tren express, kereta dan lain-lain.

Tips : Anda bernasib baik kerana ada keretapi rapid dijadikan sebagai overnight train untuk perjalanan jauh popular dari Nagoya ke Tokyo & sebaliknya. Cuma untuk tren ini hanya beroperasi pada waktu 3 musim sahaja dan memerlukan tempahan awal dalam masa 30 hari & caj sampingan tempahan (murah). Memandangkan tempat duduk agak terhad kerana 3 musim adalah musim cuti sekolah, lebih baik kalau ada kawan di Jepun untuk belikan tiket tempahan atau terus ke agensi pelancongan yang sudah ada cawangannya di Jepun, dan minta untuk belikan dengan caj perkhidmatan.

*Ada juga tren lain (laluan agak terpencil) yang bukan laluan JR dan tak semua pelancong biasa pergi tetapi untuk tiket ini boleh guna. Ada laluan JR yang bergabung dengan syarikat tren lain dan kena bayar caj berasingan.

**Juga terguna pakai untuk JR Ferry ke Miyajima, Hiroshima.

2. Hanya dijual mengikut 3 musim

Tiket Seishun 18 Kippu ni hanya dijual pada 3 musim cuti sekolah sahaja dan terbuka pada semua orang termasuk warga tempatan dan pelancong asing. Tarikh pembelian akan dibuka lebih awal dan boleh digunakan apabila cuti musim sekolah tiba.

Amatlah penting untuk merancang perjalanan pada musim-musim tersebut sahaja jikalau mahu menggunakan tiket ini kerana ianya tidak dijual pada tarikh-tarikh yang lain. Pastikan juga anda melancong pada tarih sahlaku dan semak tarikh untuk masa pembelian. Kita tidak mahu bila kita melancong pada tarikh yang kita nak pergi, kita tidak boleh membeli tiket ini lagi.

Istimewanya tiket ni, ianya 5 hari fleksibel pada sepanjang tarih sahlaku. Jadi kalau kita melancong untuk 2 minggu, kita masih boleh guna untuk kuota 5 hari (individu) untuk hari yang berasingan.

Mungkin 3 hari di Tokyo (boleh guna pas lain dulu), dan seterusnya guna tiket Seishun 18 Kippu untuk perjalanan jauh dari Tokyo ke Osaka. Sampai Osaka, tinggal dalam masa 3 hari lagi dan trip seterusnya ke Hiroshima pula sehingga kuota 5 hari sudah diguna pakai.

Yang paling penting, kita boleh beli tiket ini di kebanyakkan stesen JR dalam Jepun dan tidak semestinya stesen utama sahaja yang ada.

3. Pengaturan itinerari yang ketat & teratur

Bila saya cakap pengaturan itinerari yang ketat untuk guna tiket ni 100%, memang sudah padat perancangan yang ada kerana kita tidak mahu membuang masa kalau tertinggal tren. Jenuh mahu menunggu tren seterusnya. Macam saya katakan tadi, kekerapan tidak banyak untuk luar bandar. Tambah pula kita hanya boleh naik laluan JR sahaja.

Untuk perjalanan jauh akan mengambil banyak masa, dan akan sentiasa bertukar-tukar tren. Bawak bekalan sepenjang perjalanan ini supaya tidak lapar dan pastikan tidak menyimpang dari laluan asal yang telah dirancang. Kalau nak menyimpang pergi ke tempat lain, pastikan sempat untuk naik tren seterusnya.

Untuk tiket ini juga boleh dikongsi sebenarnya. Kerana tiket ni bagi :

5 hari untuk 1 orang

atau untuk kumpulan (kena bergerak dalam masa yang sama & tiket sudah habis diguna pakai mengikut kuota)

1 hari untuk 5 orang
2 hari untuk 2 orang, dan 1 hari untuk 1 orang
1 hari untuk 3 orang, dan 2 hari untuk 1 orang
dll.

cth : 12,050 yen / 5 orang = 2410 yen (RM90 / 1 orang)

RM90 untuk Tokyo pergi Osaka kalau berkumpulan? MURAH!

Cuba kalau kita banding pula kos kalau naik local & rapid tren pada perjalanan yang sama :

8,910 yen = RM333.00, Masa : 9 Jam

Kos sebenar untuk sehala dari Tokyo ke Osaka adalah 8,910 yen (RM333), tapi kalau pergi secara berkumpulan (maksimum 5 orang), anda hanya keluarkan kos RM90 sahaja untuk seorang!

Jimat kan, kalau kumpulan sudah dapat pergi dari Tokyo ke Osaka dalam masa sehari sahaja dan seterusnya boleh pakai pass yang lain.

Tapi kalau anda melancong secara individu, anda masih lagi ada 4 hari yang tinggal untuk digunakan!

Ini saya cadangkan itinerari yang sesuai menggunakan Seishun 18 Kippu

Osaka – Tokyo (Golden Route)

Ni perjalanan yang paling popular kalau nak melancong ke Jepun. Ramai yang memilih perjalanan ni kerana boleh jejak Kansai (Osaka, Kyoto, Nara,Kobe,dll) dan Tokyo sekaligus dalam satu trip. Boleh juga buat dari Tokyo ke Osaka dengan menggunakan Seishun 18 Kippu juga.

Dan Seishun 18 Kippu memang sesuai untuk perjalanan ini kerana :

Hari 1 – Tiba di Osaka

1,080 Yen = RM40.00, Masa : 57 minit

Keretapi JR dari lapangan terbang ke tempat popular penginapan bajet dalam bandar Osaka dah TERMASUK!
Tips : Kalau di sini, boleh dapat bilik hotel individu bersama tandas peribadi dengan RM100 lebih satu malam (ada juga yang bawah RM100 satu malam, cuma tandas dan bilik mandi di luar, kongsi mengikut jantina masing-masing)


Nak rehat sekejap dan nak pergi beberapa tempat popular dalam bandar Osaka selepas tu pun dah TERMASUK! (Pastikan hanya mengguna laluan tren JR sahaja, tidak termasuk tren subway & tren syarikat lain)

Cth : Universal Studios Japan, Namba, Shinsekai, Osaka Castle, Umeda, dll

Hari 2 – Melawat Nara & Kyoto

570 yen = RM21.00, Masa : 40 Minit
720 yen = RM27.00, Masa : 50 Minit

Tidak lengkap jikalau tidak singgah di Kyoto & Nara, antara destinasi wajib yang mesti ada dalam itinerari setiap kali datang ke Kansai. Jika lihat di sini, perjalanan satu hala dari tempat penginapan di Osaka terus boleh digunakan untuk ke Nara dan dari Nara boleh terus juga ke Kyoto.

Di Nara, anda boleh menaiki bas (caj berasingan, tidak termasuk dalam tiket) untuk ke taman Rusa popular di Nara dan di Kyoto pula, ada beberapa tempat popular seperti Gion, boleh menaiki tren bawah tanah (caj berasingan, tidak termasuk dalam tiket) untuk ke sana.

940 Yen = RM35.00, Masa : 52 Minit

Perjalanan pulang memerlukan satu perhentian sahaja untuk tukar tren dan boleh rehat untuk esoknya, kerana esok perlu bangun awal pagi uuntuk perjalanan jauh Tokyo.

Hari 3 – Perjalanan jauh ke Tokyo

8,910 yen = RM333.00, Masa : 9 Jam

Perjalanan tren ini agak mencabar kerana perlu tukar tren beberapa kali untuk sampai ke destinasi penginapan di sekitar Ueno di bandar Tokyo. Boleh terus ‘check-in’ dan rehat atau masih ada lagi kudrat, boleh melawat Amayeyokocho, tempat membeli belah barangan popular di Ueno dan menikmati makanan di sana juga.

Hari 4 – Jejak Tokyo (Asakusa, Akihabara & Tokyo Tower)

Kebanyakkan tempat popular di Tokyo berada di dalam lingkunan JR Yamanote Loop Line di mana Seishun 18 Kippu boleh digunakan penuh untuk laluan ini. Tetapi untuk beberapa tempat khusus seperti Asakusa dan Ginza, memerlukan tren bawah tanah (caj berasingan) untuk ke sana.

Hari 5 – Tokyo (Shinjuku,Harajuku dan Shibuya) & Pulang

Sama juga untuk destinasi seperti Shinjuku, Harajuku dan Shibuya boleh menaiki tren dalam JR Yamanote Loop Line kerana ketiga-tiga tempat popular ini berada dalam satu laluan yang sama.

500 yen = RM19.00, Masa : 52 Minit
1,340 yen = RM50.00, Masa : 1 Jam 45 Minit

Selepas itu boleh balik semula ke penginapan dan bergerak terus ke lapangan terbang Haneda (Separuh perjalanan perlu menaiki tren dari syarikat lain, caj berasingan) ataupun Narita (perjalanan sudah termasuk dalam tiket, cuma perjalanan mengambil masa yang agak lama dan tidak disarankan untuk masa-masa terakhir dalam perjalanan balik, melainkan pergi lebih awal)

Jadi, sekiranya pergi melancong ke Jepun kelak dan ingin cuba untuk merentas bandar-bandar dalam Jepun secara jimat untuk 3 musim tersebut, boleh cuba masukkan tiket Seishun 18 Kippu dalam itinerari anda!

Facebook Comments

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *