Subscribe Now

* You will receive the latest news and updates on your favorite celebrities!

Trending News

Blog Post

Japan

TURKI VS JAPAN 

MAKANAN
Turki – Pasti Halal. 98% muslim.
Japan – Teliti jenis makanan. Kebanyakan yang boleh dimakan adalah seafood. Tapi jepun sudah ke arah muslim friendly, sesetengah kedai ade sijil halal.

ITINERARI HARIAN
Turki – Kebiasaan 10 hari 8 malam
Melawat hampir 60%-80% keseluruhan turki seperti Istanbul, Ankara, Cappadokiya, Konya, Pamukkale, Bursa

Japan – Kebiasaan 6 hari 5 malam
Fokus lawatan mengikut bahagian besar kawasan tertentu seperti Kansai (Osaka, Kyoto, Nara, Kobe) atau Tokyo (Odaiba, Shinjuku, Harajuku, Hakone) atau Hokkaido (Sapporo, Otaru, Noboribetsu, Furano)

TEMPAT BERMALAM
Turki – Setiap hari perlu bertukar hotel sebab setiap destinasi adalah sangat jauh.

Jepun – Kebiasaan akan bermalam di satu tempat yang sama sampai hari terakhir

PENGANGKUTAN (jika mengikuti agensi travel)
Turki – Pergerakan harian banyak menggunakan van atau bas. Kaki tidak mudah penat. Sesuai untuk warga tua yang tak banyak berjalan.

Kekurangan; setiap destinasi perlukan lebih 6-11jam untuk sampai, namun pemandangan sepanjang perjalanan amat cantik. Tak minat boleh tidur 😂

Jepun – Pergerakan harian kebanyakan menggunakan tren dan bas. Kekurangan; banyak berjalan untuk pergi ke stesen dan terpaksa bersesak bila waktu puncak.

Kelebihan; tempoh perjalanan pendek untuk tiba ke setiap destinasi, paling lama 45minit~2jam, sehari boleh melawat pelbagai tempat yang berlainan.

KOMUNIKASI
Turki – Tak ramai yang boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris di kawasan2 luar bandar. Bahasa inggeris mudah pun susah. Seperti bercakap ayam dan itik. Kalau boleh belajarlah serba sedikit bahasa turki yang simple2.
*nota: orang turki bukan tak belajar bahasa inggeris, tapi mereka takut untuk melakukan kesilapan ketika bercakap

Japan – Orang jepun masih boleh berbahasa inggeris mudah. Maka tiada kerisauan sangat bila berada di sana.

NILAI MATAWANG
Turki – 1 Lira (matawang Turki) lebih kurang RM1.
Contoh; Air mineral (1lira), Teh – (3lira), Kebab (5lira), Masuk tandas (1lira), Keychain (3lira)
*nota: sebahagian barangan atau servis menggunakan matawang US Dollar; Karpet, Jaket Kulit, Belon Panas, duit tips Tour guide.

Japan – 100yen lebih kurang RM3.70
Contoh; Air mineral (110yen), Air Tin – (150yen), Makan kedai (600~1000yen), Masuk tandas (free), Keychain (300~600yen)
*nota: perlukan bajet antara rm15~rm30 setiap kali waktu makan.

JIKA MEMANDU?
Turki – Pemanduan sebelah kiri
*nota: pemandu turki masya allah, laju namatey. Hon tu senang sangat boleh dengar. Terlalu banyak trafik jam. Tour guide claim harga kereta di turki murah. Satu rumah sampai 3 kereta.

Japan – Pemanduan sebelah kanan (seperti malaysia)
*nota: memandu di jepun lebih mudah, pemandu sana lebih berhemah dan jarang dengar bunyi hon 😂

KADAR JENAYAH
Turki – Masuk pasaraya besar siap ada sekuriti check. Mungkin sebab sebelum ni banyak kes bom dan teroris. Perlu hati-hati dengan pick pocket

Japan – Tak banyak kes yang kita boleh nampak. Paling-paling yang dapat kita lihat pun polis tahan kereta untuk saman. Mehh 😂

CAJ TAMBAHAN (Selain duit belanja beli belah)
Turki – Kebiasaan kite perlu sediakan duit tips(upah) untuk pemandu pelancong tempatan sana. Sehari $5~$8 seorang. Jumlah caj tambahan; rm150~rm300

Japan – Kebanyakan agensi tak sertakan pakej bersama makanan; bajet makan sehari rm100. Kalau nak jimat boleh bawa pek makanan dari malaysia. Jumlah caj tambahan; rm300~rm500

FOTOGRAFI

Turki – Tak ramai yang berfikiran terbuka lagi2 di kawasan yang Islam Konservatif. Pengalaman ambil gambar di Masjid Ayyob al Ansar, ramai yang pandang pelik dan tak selesa semasa saye mengambil gambar suasana di sana. Kebanyakan menolak jika diminta untuk ambil foto mereka.

Japan – Kebanyakan tiada masalah untuk bergambar dan di ambil gambar. Cuma jangan terlalu nampak diri tu ambil gambar curi2. Silap2 polis datang soal siasat 😅

SOLAT
Turki: Masjid ada di mana-mana. Cuma masjid besar tertentu tiada tempat wuduk untuk wanita. Kebiasaan wanita di turki tidak solat di masjid.

*nota: Mazhab di turki adalah Hanafi dan ada pengaruh sufism. Kalau tengok tour guide tak solat, jangan pelik. Mereka tetap solat, tapi dalam keadaan musafir, mereka akan selesaikan segala solat apabila tiba destinasi. Wallahualam

Japan: Sekarang banyak prayer room disediakan. Tapi masih ada tempat yang perlu solat di tanah lapang.

SCAMMING
Turki – Orang datang bagi sejadah. Katanya percuma. Kita terima. Lepas tu dia tahan anda, mintak duit 100lira. Tak bagi die tak lepas.

Japan – travel agent? #eh😅

WAKTU SESUAI LAWATAN
Turki – April, Mei, Jun (Spring) & September, Oktober, November (Autumn)

Japan – Hampir setiap musim sesuai lawat jepun kecuali musim panas. Sila lawat Hokkaido jika ingin pergi ketika musim panas (suhu paling tinggi 25°darjah).

PENDAPAT KESELURUHAN
Kita datang ke tempat orang untuk melihat budaya, sejarah, dan pemandangan di sana.

Turki – Saya dapat lihat orang islam yang hebat2 di sana. Dihormati oleh orang eropah sendiri. Turki unik, campuran orang eropah dan asia, hasilnya cantik jelita dan tampan bergaya masyaAllah 😂😍. Terlalu banyak sejarah dari zaman sebelum Empayar Rom sampai kedatangan Islam (terima kasih tour guide kami, phd dalam arkeologi, atas informasi yang diberi sepanjang perjalanan). Pemandangan di sana lebih kepada pemandangan alam semulajadi yang cantik2. Paling cantik di Cappadocia, batu2an lava lembut yang berbentuk tajam hasil hakisan angin dan hujan; kedua di Pamukkale, Cotton Castle, kolam putih semulajadi daripada kalsium. Selain daripada itu lawatan ke masjid2 dan bangunan sejarah rom. Jangan lupa naik belon udara panas!

Japan – Orang jepun terkenal dengan sopan santun dan budi pekerti. Kalau nak dibandingkan dengan orang islam yang lain, mereka lagi dekat dengan Islam daripada orang islam sendiri. Datanglah ke jepun untuk belajar budaya mereka. Pergi dan belajar, bawa semula ke tanah air. Jepun terbahagi kepada beberapa kategori. Kalau nak tengok pemandangan, budaya dan teknologi, sila pergi ke bahagian Kansai (Osaka, Kyoto, Nara, Kobe). Osaka paling balance antara ketiga2 kategori. Dari segi makanan agak sukar sedikit dan barangan mahal 😅

Dah pergi jepun? Kalau sudah, sila pergi ke turki pula ye 😘

Advertisement

Facebook Comments
Latest posts by Nazmi (see all)

Related posts

Leave a Reply

Required fields are marked *